LOGO-HBIT

Pemuda sanggup korban kerja tabur bakti urus, jaga ibu terlantar

DEMI insan tersayang, Muhammad Khairi Kamal, 28, sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya, Patimah Mohamad, 61, yang terlantar dan lumpuh separuh badan selepas diserang strok sejak November lalu. Pengorbanan tidak ternilai itu dilakukan bagi memastikan ibunya yang tidak lagi berdaya menguruskan diri sendiri mendapat tumpuan dan penjagaan sewajarnya. 

Biarpun wanita warga emas itu kini tidak lagi sempurna, namun pemuda ini amat bersyukur kerana masih mempunyai ibu. Dia yang bekerja sebagai tukang sapu, mengambil keputusan berhenti kerja bagi menjaga ibunya yang tidak lagi mampu melakukan apa-apa. Akibat serangan itu, bahagian kiri tubuh wanita warga emas itu lumpuh dan sukar bergerak menyebabkan beliau kini hanya mampu berbaring dan mengharapkan bantuan anak setiap masa menguruskan semua keperluannya.

Muhammad Khairi mengakui berdepan masalah kewangan memandangkan beliau tidak bekerja.  Perbelanjaan keluarganya mencecah RM1,000 sebulan termasuk sewa rumah berjumlah RM400 selain perlu menyediakan kelengkapan ibunya termasuk lampin pakai buang. Malah beliau perlu menyediakan wang untuk menyewa kenderaan untuk membawa ibunya ke hospital.

Muhammad Khairi membantu ibu minum ketika ditemui di rumah mereka Taman Sahabat, Teluk Kumbar, baru-baru ini.

Faktor tiada pekerjaan yang boleh mengikut masanya menyebabkan beliau tidak dapat mencari pekerjaan baharu selain bimbang meninggalkan ibunya sendirian tanpa pengawasan ketika keluar bekerja. Selain itu, Muhammad Khairi perlu membawa ibunya ke hospital untuk menjalani pemeriksaan susulan setiap dua minggu.

Biarpun mempunyai impian untuk bekerja dan mempunyai pendapatan seperti orang lain, namun, beliau sedar ibunya lebih memerlukan dirinya ketika ini. Pengorbanan yang dilakukan amat kecil berbanding jasa ibu yang mengandung, melahir dan membesarkannya selama ini.  Peluang menjaga ibu yang sakit terlantar adalah kesempatan diberikan Allah SWT untuk dirinya berbakti dan membalas jasa. 

Untuk menderma sila layari ybim.org.my/suaraasnaf dan tekan Asnaf 85 atau terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Gambar: Muhammad Khairi menguruskan keperluan Patimah yang kini te