Pemuda terlantar tempurung kepala pecah terbabit nahas jalan raya

TIDAK pernah terlintas di fikiran adik bongsu yang dahulunya ceria dan sentiasa menjadi penghibur keluarga, kini terlantar tanpa sebarang tindak balas. Beliau tidak lagi mampu menghadiahkan senyuman manis yang dahulunya tidak pernah lekang dari bibir.

Fendy Manshor, 20, hilang kehidupan remajanya selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya yang hampir meragut nyawa, Januari lalu. Akibat kejadian itu, anak bongsu daripada enam beradik ini kini terlantar dalam keadaan separuh sedar selepas tempurung kepalanya pecah. Fendy tidak memberikan sebarang reaksi apabila namanya dipanggil atau ketika tubuhnya disentuh. 

Tanggungjawab menjaga Fendy terutama membabitkan kos perubatan, bekalan susu khas, lampin pakai buang dan bayaran ambulans setiap kali beliau mendapatkan rawatan susulan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru ditanggung kakak dan abang-abangnya.  Setiap kali perlu ke HAS, kos ambulans pergi dan balik mencecah sehingga RM1,600 kerana kes Fendy di bawah pemantauan HSA memandangkan kemalangan itu berlaku di Lebuh Raya Utara-Selatan di Kulaijaya, Johor.

Kesan kemalangan itu, Fendy kehilangan banyak darah akibat kepalanya terhentak di atas batu selepas topi keledar yang dipakainya tercabut. Sebelum terbabit nahas, Fendy dalam perjalanan pulang ke rumah keluarganya di Felda Palong 12, Jempol dengan menunggang motosikal.

Nurfazlin memeriksa paras oksigen Fendy yang terlantar dalam keadaan separuh sedar selepas terbabit dalam nahas di Lebuh Raya Utara-Selatan, Kulaijaya, Johor, pada Januari lalu.

Selain tempurung kepala bahagian kiri terpaksa dikeluarkan, tulang pipi kiri pemuda ini juga pecah.   Doktor turut memaklumkan mata kiri Fendy mengalami kerosakan saraf malah berisiko untuk buta.

Selepas dua minggu dirawat di HSA, keluarga mengambil keputusan memindahkan Fendy ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban bagi memudahkan mereka menjaganya kerana mereka tinggal di Negeri Sembilan selain Fendy mudah dikejarkan ke hospital jika berlaku kecemasan. Tugas menjaga Fendy kini dilakukan ibu dan kakak sulungnya.

Untuk menderma sila layari ybim.org.my/suaraasnaf dan tekan Asnaf 89 atau terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Gambar: Nurfazlin dibantu ibunya menguruskan Fendy yang masih belum sedarkan diri selepas tempurung kepalanya pecah akibat kemalangan jalan raya.

(17)

Pemuda terlantar tempurung kepala pecah terbabit nahas jalan raya

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>