Peniaga kuih gigih cari rezeki demi pastikan suami terus ‘bernafas’

NOR HAZLIZA Ismail, 57, tidak pernah berputus asa mencari rezeki halal biarpun hanya berniaga kuih demi menampung kos mengisi semula tangki oksigen untuk kegunaan suaminya yang mengalami pelbagai komplikasi akibat penyakit paru-paru berair, setiap hari.

Beliau yang hanya mampu meraih pendapatan sekitar RM15 sehingga RM25 sehari sanggup mengikat perut dan mencatu perbelanjaan demi memastikan Mohd Razi Abdullah, 55, yang menderita penyakit berkenaan sejak tiga tahun lalu, dapat terus bernafas tanpa sebarang masalah.

Pendapatan itu tidak mencukupi kerana beliau perlu membelanjakan sekitar RM38 sehari untuk menampung kos pengisian semula tangki oksigen suaminya yang digunakan sepanjang masa. Masalah kewangan yang meruncing sering menyebabkan tangki oksigen Mohd Razi ‘kering’ kerana Nor Hazliza tidak mampu mengisi semula ‘nyawa’ suaminya itu.

Nor Hazliza membetulkan tiub pernafasan Mohd Razi yang terpaksa bergantung pada alat bantuan pernafasan sepanjang masa selepas mengalami komplikasi di bahagian paru-paru, jantung dan otak.

Keadaan itu membimbangkan Nor Hazliza kerana suaminya akan termengah-mengah berikutan sukar bernafas akibat kekurangan oksigen. Malah, sejak tiga bulan lalu, kesihatan Mohd Razi bertambah kronik apabila kedua-dua belah kakinya membengkak, selain perut membuncit dan berat badannya juga bertambah secara mendadak sehingga mencecah 158 kilogram.

Keadaan itu menyebabkan beliau sukar berjalan dan terpaksa mengengsot kerana kakinya tidak mampu menampung berat badan berlebihan.

Untuk menderma sila layari ybim.org.my/suaraasnaf dan tekan Asnaf 80 atau  terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Gambar: Nor Hazliza terpaksa mencatu perbelanjaan dan mengikat perut bagi memastikan tangki oksigen suaminya yang menelan belanja RM38 sehari dapat diisi sem

(2)

Peniaga kuih gigih cari rezeki demi pastikan suami terus ‘bernafas’

| Advertorial2, Semasa | 0 Comments
About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>