Penonton mencanak naik, TV AlHijrah capai matlamat ajak umat Islam cakna perjuangan rakyat Palestin

MENJUARAI kupasan dan berita berkaitan isu-isu kemanusiaan yang merentas sempadan adalah antara peranan stesen penyiaran berkonsepkan Islam, TV AlHijrah.

Menyerap saranan agama untuk cakna dan sentiasa memperjuangkan kepentingan ummah, stesen ini secara aktif melaporkan berita terkini berhubung perjuangan rakyat Palestin serta kekejaman yang sedang mereka alami.

Kempen #PalestinKembali oleh TV AlHijrah yang dimulakan sejak 8 Oktober lagi dibarisi rancangan berkaitan perjuangan rakyat Palestin mempertahankan tanah air mereka sejak bermulanya operasi #TaufanAlAqsa serta perkongsian usaha-usaha pelbagai pihak terutama kerajaan Malaysia dalam membantu warga Palestin.

Paparan perkembangan terkini mereka setiap hari yang disediakan oleh Berita AlHijrah pula bagi membangkitkan kepedulian rakyat Malaysia untuk turut sama merasai denyut nadi perjuangan saudara Islam di sana. Setidak-tidaknya ada doa yang dikirim oleh kita di sini untuk mereka nan jauh di sana.

Tangkap layar daripada akaun TikTok Berita AlHijrah yang memuatkan berita seputar perjuangan Palestin dan serangan pengganas Israel di Gaza.

Terus istiqamah dengan rancangan yang berilmu dan bermaklumat sebegini sejak dahulu, data bersumberkan Nielsen Media Research minggu ini menunjukkan stesen yang telah berusia 13 tahun ini terus mara dan berjaya tersenarai dalam “Top 5”  Kedudukan Saluran Melayu (Malay Channel Ranking).

Perhatian tinggi penonton terhadap laporan mengenai Palestin bukan sahaja tertumpu di pelantar televisyen, malah memperlihatkan peningkatan ketara jumlah capaian di pelantar digital Berita Alhijrah pada minggu ini. Lebih 115 juta tontonan video tercatat di pelantar media sosial dalam tempoh dua minggu sejak bermulanya konflik terbaru Palestin-Israel.

Angka ini membuktikan matlamat stesen untuk memupuk kecaknaan dan rasa perikemanusiaan yang tinggi sesama umat Islam telah tercapai. Penonton ternyata semakin cakna terhadap berita dan isu Palestin dengan data peningkatan ketara pengikut di Tiktok, Instagram dan Facebook dengan tambahan keseluruhan 250 ribu dalam tempoh tersebut.

Kejayaan ini sekaligus membuktikan pengiktirafan dan kepercayaan masyarakat kepada stesen ini sebagai sumber rujuk yang berkredibiliti dan berintegriti dalam laporannya.

Gambar: Sebahagian warga TV AlHijrah yang hadir sewaktu majlis perasmian TVAlHijrah Bersolidariti Bersama Palestin di Dataran Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur pada 13 Oktober lalu.

(131)

Penonton mencanak naik, TV AlHijrah capai matlamat ajak umat Islam cakna perjuangan rakyat Palestin

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>