Penuntut universiti galas tugas berat urus abang OKU lembam selepas kematian ibu, syukur dibenarkan belajar secara dalam talian

DALAM usia yang baharu menginjak 19 tahun, Nik Noradila Mohd Wira kini terpaksa memikul tanggungjawab berat dan mengambil alih tugas menjadi ketua keluarga selepas ibunya Fahshakinah Syed Lazim Shah, 43, menghembuskan nafas terakhir pada 24 September lalu. 

Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak ini  memikul tanggungjawab menguruskan abangnya, Nik Mohammad Khoidir Mohd Wira, 21, yang juga orang kurang upaya (OKU) lembam seorang diri memandangkan bapa mereka juga telah meninggal dunia 14 tahun lalu.

Demi janji kepada arwah ibu dan mengejar cita-cita, pelajar Semester Tiga Diploma Pengurusan Hartanah Universiti Teknolgi Mara (UiTM) ini, tekad untuk meneruskan pengajian walaupun hilang tempat bergantung.

Nik Noradila bijak membahagikan masa mengurus keperluan rumah dan belajar selepas kelas Semester Tiga bermula pada 11 Oktober lalu.

Noradila menggunakan wang sumbangan orang ramai untuk membayar yuran pengajian memandangkan sebelum ini pengajiannya dibiayai dengan wang simpanan arwah ibunya. Namun beliau amat bersyukur kerana tiada yuran yang tertangguh biarpun dia tidak memohon pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Beliau juga bersyukur kerana masalah dihadapi mendapat perhatian pihak universiti.  Beliau dibenarkan mengikuti pembelajaran secara dalam talian termasuk menggunakan kemudahan yang disediakan di Kampus UiTM Machang.

Malah jiran tetangga dan saudara mara juga menyatakan persetujuan untuk menjaga abangnya jika Noradila perlu mengikuti pengajian di kampus.

Untuk menderma sila layari ybim.org.my/suaraasnaf dan tekan Asnaf 61 atau terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Gambar: Nik Noradila kini mengambil alih tanggungjawab menjaga Nik Mohammad Khoidir dan Fah Faridah selepas ibunya meninggal dunia 24 September lalu.

(38)

Penuntut universiti galas tugas berat urus abang OKU lembam selepas kematian ibu, syukur dibenarkan belajar secara dalam talian

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>