Peranan muslimah dalam membentuk generasi Islam Madani

GENERASI Islam Madani adalah generasi Muslim yang memiliki kemampuan untuk memahami dan menerapkan ajaran Islam dalam kehidupan sehari-hari serta mampu menyumbang kepada pembangunan dan perpaduan masyarakat. Peranan seorang muslimah dalam pembentukan generasi Islam Madani adalah begitu penting dan tidak harus diambil mudah.

Peranan muslimah digariskan dengan amat jelas dalam Islam dan secara ringkasnya, peranan utama muslimah adalah untuk mengasuh dan mendidik anak-anak serta menjadi isteri yang bertanggungjawab.

Mereka dituntut untuk melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab dengan penuh kesungguhan dan ketaatan. Pendidikan anak-anak di rumah adalah penting bagi memastikan pendidikan yang dijalankan itu berlandaskan ajaran Islam dan berjalan secara sistematik.

Peranan seorang Muslimah juga adalah untuk memastikan anak-anak mendapatkan pendedahan yang awal tentang ajaran Islam serta sebagai contoh yang baik kepada anak-anak. Selain itu, sistem kekeluargaan juga amat bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh seseorang muslimah terutamanya dalam menjaga keharmonian rumah tangga. Perkara ini amat dititikberatkan bagi menyemai rasa kasih-sayang kepada keluarga dan masyarakat.

Seseorang muslimah itu juga perlu memainkan peranan untuk menerapkan nilai-nilai murni seperti menghormati dan menghargai serta berlaku adil kepada satu sama lain. Selain dari itu, antara peranan lain yang perlu dimainkan oleh seorang muslimah secara amnya adalah melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan menjadi contoh yang baik kepada masyarakat secara keseluruhan.

Pendidikan yang berlandaskan Islam haruslah diterapkan di usia yang muda bagi melahirkan generasi muslimah yang bukan sahaja patuh pada perintah Allah dan menjauhi larangannya, tetapi juga cemerlang di dunia dan di akhirat.

Madrasah Darul Tahfiz Wa’ulumul Quran Lil Banat telah diasaskan oleh Maulana Zawawie Al Hafiz, yang kini beroperasi di Taman Amalina Raub, Pahang telah beroperasi selama hampir 19 tahun.

Penubuhan madrasah ini adalah tidak lain untuk melahirkan insan yang bertakwa, berilmu, beramal,

serta berakhlak mulia. Pendekatan sistem pendidikan di sini mengetengahkan kaedah undang-undang, tatatertib, sesi motivasi, muzakarah, serta muhasabah diri.

Setelah 19 tahun melahirkan ramai hafizah pelapis, madrasah sudah tidak mampu lagi menampung permintaan kemasukan pelajar yang semakin ramai. Maka, dengan terbinanya Kompleks Madrasah Darul Tahfiz Wa’ulumul Quran Lil Banat di atas tanah seluas 11 ekar yang terletak di Kampung Temau, Ulu Dong, Raub, Pahang nanti, ia akan dapat melahirkan lebih ramai bakal hafizah dan alimah.

Bagi anda yang berminat sama ada melalui orang perseorangan atau syarikat-syarikat korporat, sumbangan anda boleh disalurkan kepada Madrasah Darul Tahfiz Wa’ulumul Quran Lil Banat, menerusi MAYBANK – 5562 4401 7501.

Anda juga boleh menghubungi talian 019 227 1224 untuk menyumbang atau terus ke laman web kami di www.madrasahwaulumulquran.com atau ke laman Facebook kami untuk maklumat lebih lanjut.

(26)

Peranan muslimah dalam membentuk generasi Islam Madani

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>