Ronda kampung jaga keselamatan wajar diwujudkan semula

OLEH: AHSAN TAQWIM EFFENDI SAID

PADA era pasca kemerdekaan ini, kita sering terlupa kepada perajurit-perajurit yang sanggup berkorban harta dan nyawa agar negara kita bebas daripada penjajah. Kita mestilah menghargai jasa dan pengorbanan perajurit-perajurit yang telah memerdekakan negara agar semangat patriotik kembali menyinar dalam masyarakat kita.

Antara kesan menghargai jasa dan pengorbanan perajurit-perajurit terhadap individu ialah kita akan berbakti kepada negara seperti pengorbanan yang dilakukan oleh perajurit-perajurit terdahulu.

Selain itu, kesannya terhadap masyarakat ialah masyarakat akan menggembleng tenaga dengan pihak berkuasa untuk menangani jenayah masa kini seperti jenayah rentas sempadan. Justeru, kita mestilah menghargai jasa dan pengorbanan perajurit-perajurit yang telah memerdekakan negara.

Saya ingin mengajak penonton untuk menonton drama Tabuh Merdeka kerana ia bersifat patriotik dan pengorbanan untuk memerdekakan negara. Terdapat pengajaran dalam drama ini untuk dijadikan iktibar. Antaranya ialah kita hendaklah berakhlak mulia seperti menghormati ibu bapa.

Antara kesan berakhlak mulia terhadap individu ialah kita akan dirahmati oleh Allah SWT seperti kerja yang kita lakukan menjadi mudah. Selain itu, kesannya terhadap masyarakat ialah masyarakat akan menghormati kita dan selesa bekerja dengan kita. Justeru, kita hendaklah berakhlak mulia seperti menghormati ibu bapa.

Selain itu, kita perlulah mendidik anak-anak dengan ilmu kemahiran diri seperti belajar silat. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Antara kesan mendidik anak-anak terhadap individu ialah kita akan melahirkan generasi yang berbakti kepada agama, bangsa dan negara apabila mereka telah dewasa.

Salah satu adegan dalam Tabuh Merdeka yang disiarkan di AlHijrah Plus.

Di samping itu, kesannya tehadap negara ialah negara akan aman, tenteram dan harmoni seperti penjajah akan takut untuk menyerang negara kita. Ini akan menggalakkan sektor pelancongan negara.

Selain itu, kita mestilah setia pada negara seperti tidak menjadi tali barut komunis agar tidak menjadi musuh dalam selimut. Antara kesan setia pada negara terhadap individu ialah kita akan bebas melakukan aktiviti tanpa sebarang sekatan daripada komunis. Masyarakat akan berasa aman, tenteram dan selamat untuk keluar rumah kerana tiada komunis yang akan mengganggu masyarakat lagi.

Selain itu, telefilem ini juga menunjukkan kerjasama masyarakat pada waktu itu yang wajar dicontohi oleh masyarakat kini; iaitu kita haruslah mengambil berat akan kesejahteraan persekitaran seperti membuat rondaan di sekitar kampung. Selain dapat mengeratkan tali persaudaraan, jenayah di negara ini akan berkurang.

Akhir sekali, kita mestilah menghargai jasa dan pengorbanan perajurit-perajurit yang telah memerdekakan negara agar semangat patriotik kembali menyinar dalam masyarakat kita. Justeru itu drama Tabuh Merdeka ini sangat wajar ditonton kerana ia menyemarakkan semangat patriotik dan bersyukur dengan kemerdekaan yang diperolehi kini.

Gambar: Tangkap layar dari adegan Tabuh Merdeka yang disiarkan di AlHijrah Plus.

* Penulis adalah Peserta Pertandingan Menulis Review Rancangan AlHijrah Plus.

(20)

Ronda kampung jaga keselamatan wajar diwujudkan semula

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>