October 7, 2024 10:59 PM
LOGO-HBIT

Rumah hampir rebah dihanyut banjir, Yayasan Ikhlas tampil bantu

* Artikel ini disediakan oleh pihak Yayasan Ikhlas.

“DAH lah duduk dekat PPS (Pusat Pemindahan Sementara) lebih dua minggu, balik rumah tengok rumah jadi macam ni. Makcik tak tahan,” luah Makcik Yah (bukan nama sebenar) dengan mata berkaca-kaca menahan sebak apabila melihat keadaan rumahnya yang bukan sahaja penuh selut air bah bahkan banyak sekali kerosakan. Beliau sempat bersembang dengan kami, skuad banjir Yayasan Ikhlas, ketika kami hadir menyampaikan bantuan pasca banjir kepada penduduk yang terjejas akibat banjir di Pantai Timur yang lalu.

Rentetan daripada itu, Yayasan Ikhlas, badan kebajikan yang berdedikasi, telah melaksanakan misi bantuan banjir demi memulihkan kehidupan dan menyuntik harapan baharu bagi mangsa banjir. Sebanyak 26 rumah yang rosak teruk akibat air banjir kini berjaya dipulihkan dan diduduki oleh keluarga yang terlibat.

Misi kebajikan ini mengutamakan pemulihan rumah-rumah asnaf yang terjejas akibat banjir. Rumah yang hampir rebah kini mengalami transformasi, memberikan ketenangan dan keselamatan kepada keluarga.

Selain baik pulih rumah, setiap keluarga turut menerima bantuan keperluan asas bagi menampung keperluan awal mereka pasca banjir. 

Proses pemilihan bantuan baik pulih rumah ini dilakukan dengan teliti, berdasarkan maklumat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) di lokasi terpilih. Rumah yang terpilih termasuk mangsa banjir yang berada dalam kategori asnaf, dengan tanggungan ahli keluarga yang tidak sihat; seperti mereka yang lumpuh dan menghadapi cabaran kesihatan lain.

Kejayaan misi ini tidak mungkin berjaya jika  tanpa sokongan besar dari penaja utama, Permodalan Nasional Berhad (PNB). Melalui kerjasama ini, Yayasan Ikhlas dapat memberikan bantuan yang lebih diperlukan dan berkesan buat mereka yang memerlukan. Terima Kasih kepada para penyumbang! 

Misi ini tidak hanya memberi impak pada peringkat individu, tetapi juga memberikan kelegaan kepada komuniti yang terjejas. Kami berharap sumbangan baik pulih rumah ini meringankan beban setiap keluarga dan memudahkan mereka menjalani kehidupan dengan sebaiknya.

Sertai Kami dalam Memberi Kepada Masyarakat.

Sertai Yayasan Ikhlas dalam usaha kebajikan ini dengan layari www.yayasanikhlas.org.my atau hubungi kami di talian 011-59586782 atau emel ke admin@yayasanikhlas.org.my