Sedekah dan infaq bulan Ramadan, ganjaran sehingga 700 kali ganda

“REBUT ganjaran pahala berganda-ganda.” Itulah ungkapan sinonim kita dengar bila menjelang bulan Ramadan, bulan yang mulia serta penuh dengan keberkatan yang mana keistimewaannya tidak ada pada bulan-bulan yang lain.

Namun, pahala merupakan rahsia Allah. Kita tidak mengetahui berapa bilangan pahala sebenar yang kita dapat daripada setiap kebaikan. Apa yang pastikan setiap kebaikan yang kita lakukan akan mendapat balasan baik yang dikurniakan Allah SWT.

Janji Allah SWT dalam menyempurnakan pahala bagi mereka yang tunduk dan patuh pada segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya ada disebutkan dalam Surah Al-Imran ayat 57 yang bermaksud; “Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.”

Justeru, inilah masanya kita rebut pahala berlipat kali ganda dengan melakukan amalan-amalan wajib dan sunat pada bulan Ramadan ini. Janji Allah SWT dalam Al-Quran; iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)

Antara amalan paling popular dilakukan pada bulan Ramadan ini adalah sedekah dan infaq. Contohnya memberi sumbangan atau infaq untuk pembinaan sebuah masjid. Walaupun nilai yang dilaburkan untuk tujuan itu hanya sebiji batu bata, tetapi Allah SWT akan membalasnya dengan sebuah istana di dalam syurga pada hari akhirat kelak atas kejujuran serta keikhlasannya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Barang siapa yang membina sebuah masjid bagi Allah, yang kecil ataupun besar, nescaya Allah akan membina baginya sebuah rumah di syurga”. (Riwayat Al-Tirmidzi).

Jadikan Ramadan kali ini lebih bermakna dengan turut serta dalam usaha membina Masjid Bukit Bandaraya Shah Alam di Seksyen U11 Shah Alam.

Untuk merealisasikan pembinaan Masjid Bukit Bandaraya Shah Alam memerlukan kos sebanyak RM16 juta dan bakal dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan bangunan masjid, ruang wuduk, bilik nikah, rumah imam, bilik seminar, pejabat, dewan, kiosk homestay serta pelbagai lagi kemudahan untuk kegunaan muslimim dan muslimat.

Salurkan infaq anda ke akaun MAYBANK: 5621 0681 8563 atau BANK ISLAM: 12038 0101 43928 atau layari www.infaqmasjidbukitbandaraya.com.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi talian Hotline: 03 8605 3676 atau nombor berikut; Encik Aqmal Azam: 019 3541115, Encik Abdul Rahman: 012 4462500 atau Encik Abd Nasir Ismail: 019 9591741.

Gambar: Jemaah solat Jumaat yang melimpah sehingga ke luar di Surau At-Taqwa kerana sudah tidak mampu menampung jemaah yang makin bertambah.

(38)

Sedekah dan infaq bulan Ramadan, ganjaran sehingga 700 kali ganda

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>