Sejarah pembinaan Masjid Taman Nusa Bayu

MASJID Taman Nusa Bayu ialah sebuah projek pembinaan masjid baru di atas PTD 175535 Tapak Masjid Taman Nusa Bayu, Mukim Pulai, Johor Bahru oleh Jawatankuasa Pembinaan Masjid Taman Nusa Bayu.

Pembinaan Masjid Taman Nusa Bayu ini telah diluluskan secara rasmi pada Disember 2020 oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor dan mendapat kelulusan mengumpul dana daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Pembinaan masjid ini bakal menelan belanja sebanyak RM5.3 juta untuk menyediakan kemudahan bagi menampung kapasiti seramai 1,000 jemaah. Rancangan untuk membina Masjid Taman Nusa Bayu ini tercetus kerana keadaan surau atau masjid di Taman Nusa Bayu untuk penduduk Islam

menunaikan ibadat solat secara berjemaah.

Penduduk Taman Nusa Bayu dan Taman-Taman Rangkaian (Taman Nusantara Prima, Apartment Bayu Angkasa dan Taman RMMJ Nusa Bayu) telah semakin bertambah kepada lebih 15,000 orang dan 40% adalah penduduk beragama Islam.

Keadaan surau serta masjid menyulitkan penduduk yang beragama Islam untuk menunaikan ibadat solat selain menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

Pada 10 Mac 2023 bersamaan 17 Syaaban 1444H, telah berlangsungnya program Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Masjid Taman Nusa Bayu di Iskandar Puteri, Johor dan dirasmikan oleh YB Tuan Haji Yosree Bin Ikhsan, Timbalan Pengarah Operasi, wakil rasmi bagi Pengerusi Jawatankuasa JAINJ.

Walau bagaimanapun, dana yang terkumpul buat masa ini adalah hanya mencukupi untuk memulakan projek pembinaan tetapi sejumlah RM2.2 juta masih diperlukan untuk menyempurnakan keseluruhan pembinaan masjid ini. Projek yang bakal bermula pada Mei 2023 ini diharapkan siap menjelang penghujung tahun 2024.

Pada bulan Ramadan yang mulia ini juga, marilah kita berinfaq dengan menyumbang kepada MASJID TAMAN NUSA BAYU menerusi akaun MAYBANK ISLAMIC – 5516 0501 4746 atau BANK RAKYAT – 1101 7268 04.

Anda boleh menghubungi talian 019 7701085 (Mohd Zaki Bin Md Esa) untuk menyumbang. Anda juga boleh terus ke laman web kami di www.masjidnusabayu.com atau ke laman Facebook kami untuk maklumat lebih lanjut.

(65)

Sejarah pembinaan Masjid Taman Nusa Bayu

| Advertorial2 | 0 Comments
About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>