Suami meninggal secara mengejut, isteri hilang pekerjaan kerana PKP masak bubur kosong isi perut anak-anak

MEMBESARKAN empat anak yang berusia antara 12 hingga empat tahun bukan tugas mudah tambahan pula tanggungjawab berat itu terpaksa dipikul sendirian apabila suami tercinta meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung pada Julai tahun lalu.

Pemergian itu meninggalkan kesan mendalam memandangkan Norhaslina Abdul Aziz, 35, dan anak-anak hilang tempat bergantung sekelip mata. Tidak hanya diuji kehilangan suami, wanita ini sekali lagi diuji apabila hilang punca pendapatan apabila tugasnya sebagai pengasuh tidak diperlukan memandangkan ibu bapa menjaga sendiri anak mereka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

Keadaan itu memaksa Norhaslina berjimat-cermat untuk memastikan belanja mencukupi biarpun ada ketika tiada duit untuk membeli barang dapur. Disebabkan itu, dia terpaksa memasak ‘moi’ (bubur nasi) kosong untuk mengisi perut anak-anaknya.

Norhaslina menyiapkan kerja rumah sebelum keluar bekerja sebagai pembantu gerai makan.

Ibu tunggal ini bersyukur anak-anaknya tidak banyak karenah kerana memahami kesusahan yang dialami dan makan apa saja juadah yang disediakan asalkan mereka sekeluarga tidak perlu berlapar.

Sejak dua bulan lalu, beliau bekerja sebagai pembantu gerai dengan upah sebanyak RM5 sejam.  Pendapatan yang diperoleh itu digunakan untuk membayar sewa rumah, bil air dan elektrik. Wanita ini mengimpikan kediaman yang lebih selesa untuk mereka lima beranak memandangkan rumah flat dua bilik yang yang disewa sejak tiga tahun lalu tidak sesuai kerana anak-anaknya mula membesar.

Untuk menderma sila layari ybim.org.my/suaraasnaf dan tekan Asnaf 66 atau  terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Gambar: Anak-anak menjadi sumber kekuatan Norhaslina selepas suaminya meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung, pada Julai tahun lalu.

(4)

Suami meninggal secara mengejut, isteri hilang pekerjaan kerana PKP masak bubur kosong isi perut anak-anak

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>