Sukarelawan YBIM ditidurkan tiga kali angkara Covid-19

AKTIVITI hariannya sebelum ini penuh dengan program menyantuni golongan asnaf dan fakir miskin dengan menghantar bantuan makanan harian yang dianjurkan oleh Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM) tanpa gagal. 

Sukarelawan YBIM, Muhamad Hizal Mustafa atau lebih mesra dengan panggilan Dato Tilapia, sangat komited menggalas tanggungjawab yang diamanahkan tanpa mengira masa. Namun, dalam sibuk mencari keredaan Ilahi, siapa sangka dia diuji dengan penyakit.

Ternyata, Covid-19 tidak mengenal usia – dalam cergas menjalankan tugas, dia yang dijangkiti virus berbahaya itu tiba-tiba ‘layu’ dan kini menerima rawatan di hospital sejak 18 hari lalu – menjadi buktinya.

Kisah Dato Tilapia dijangkiti ‘pembunuh’ senyap ini bermula pada 3 September lalu apabila memaklumkan kakitangan YBIM beliau sedang menerima rawatan di hospital selepas disahkan positif Covid-19.

Dato Tilipia dibenarkan pulang selepas keadaan kesihatannya semakin pulih pada 24 September lalu.

Lebih malang, isterinya, Elya Juliana Hakimi juga disahkan positif. Dato Tilapia disahkan pesakit tahap lima sehingga terpaksa ditidurkan tiga kali di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Ampang. Beliau yang masih belum stabil terpaksa bergantung sepenuhnya kepada bantuan mesin pernafasan.

Debaran yang dirasakan setiap hari ketika menunggu perkembangan suami cukup menguji keupayaan mental, emosi dan fizikal Elya Juliana, terutama kini berdepan kesan ‘long Covid’ seperti cepat letih dan degupan jantung laju. 

Doktor memaklumkan kadar oksigen Dato Tilapia masih belum stabil, terutama pada 16 September lalu apabila pasukan perubatan cuba membuka saluran bantuan pernafasan, namun selepas empat jam, kadar oksigen Dato Tilapia menurun sehingga 70 peratus menyebabkan beliau dipakaikan semula bantuan pernafasan dan ditidurkan untuk kali ketiga.

Elya Juliana menjelaskan, kali ketiga ini Dato Tilapia tidak ditidurkan sepenuhnya, sebaliknya hanya ditidurkan supaya dapat berehat memandangkan tiub yang dimasukkan menyebabkan rasa sakit dan tidak selesa. 

Elya Juliana bersama lima anaknya ditemui di kediaman mereka selepas dibenarkan keluar dari Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, pada 11 September lalu.

Kali pertama, Dato Tilapia ditidurkan selama lima hari selepas tidak menunjukkan sebarang perubahan sepanjang dua tiga hari menerima rawatan. Selepas sedar kadar oksigennya kembali menurun, doktor menidurkannya untuk kali kedua. Hanya ditidurkan sehari, kemudian apabila doktor mencabut bantuan pernafasan pada 16 September, kadar oksigennya menurun menyebabkan beliau ditidurkan untuk kali ketiga. 

Doktor juga memaklumkan keadaan Dato Tilapia lebih baik berbanding pesakit lain yang dirawat di ICU dan mempunyai peluang tinggi untuk sembuh. Berita terbaru, Dato Tilapia sudah didiscaj dari hospital pada 24 September lalu dan kini sedang berehat bagi memastikan kesihatannya pulih seperti sedia kala.

Untuk menderma sila layari ybim.org.my/suaraasnaf dan tekan Asnaf 58 atau terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Gambar: Dato Tilapia disahkan sebagai pesakit Covid-19 tahap lima sehingga terpaksa ditidurkan tiga kali di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Ampang, pada 3 September lalu.

(5)

Sukarelawan YBIM ditidurkan tiga kali angkara Covid-19

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>