Sumbangan Kasih Ramadan raikan kegembiraan buat penduduk Sik Kedah

ALOR SETAR – Suasana kegembiraan jelas terpancar buat golongan asnaf warga penduduk Kampung Belantik Dalam, Sik, Kedah apabila Yayasan Ikhlas menyantuni dan meraikan mereka dengan pemberian bantuan Kasih Ramadan yang diadakan pada setiap tahun.

Seramai 30 penerima Kasih Ramadan daripada Kg Belantik Dalam dan Kg Belantik Luar yang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal dan asnaf mendapat manfaat bantuan keperluan makanan asas. 

Menurut Pengerusi Yayasan Ikhlas, Profesor Dr Zainur Rashid Zainuddin ‘’Kasih Ramadan adalah inisiatif membantu anak yatim dan asnaf di seluruh Malaysia yang kesusahan menempuh bulan Ramadan. Kasih Ramadan merupakan penjenamaan baru projek Bakul Kasih Ramadan yang telah dijalankan sejak tahun 2014 kini menjangkau tahun ke-9’’.

Hasil sumbangan anda, Yayasan Ikhlas berjaya membantu ribuan keluarga asnaf sepanjang Ramadan. Terima kasih kepada anda dan juga kepada syarikat-syarikat korporat, badan bukan kerajaan dan persatuan mahasiswa yang turut menyumbang dan menyokong segala aktiviti yang dilaksanakan Yayasan Ikhlas.

Hasil sumbangan anda, mereka mendapat keperluan makanan asas untuk meneruskan kehidupan. Terima kasih buat para penyumbang.

Bagi anda yang ingin menyumbang di Yayasan Ikhlas boleh terus membuat sumbangan di  yikhlas.fund/asKasihRamadan atau menyumbang terus ke akaun bank Maybank – 5628 3463 6228 (Rujukan: Kasih Ramadan).

Teruskan menyokong Yayasan Ikhlas. Beri Seadanya, Berkongsi Seikhlasnya.

(21)

Sumbangan Kasih Ramadan raikan kegembiraan buat penduduk Sik Kedah

| Advertorial2 | 0 Comments
About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>