Suntikan motivasi dan perkongsian pengalaman dalam Bincang Niaga Privilege 2023

PENGALAMAN pahit berdepan tsunami COVID-19 serta kesan jangka pendek mahupun panjang sebagai usahawan dalam tempoh beberapa tahun lepas sukar dilupakan, apatah lagi kepada usahawan kecil. Namun apapun halangan, sebagai usahawan sudah pasti kehidupan perlu diteruskan dengan pelbagai alternatif untuk bangkit semula.

TV AlHijrah bersempena Ulangtahun ke-13 mengimbau kembali perjalanan yang telah dilalui dengan semangat baharu; meneruskan perjuangan membantu para usahawan untuk terus melangkah gagah. Bukan hanya dalam era pandemik, Stesen ini istiqamah menyumbang inisiatif dan tenaga supaya hubungan erat dengan usahawan terus berlanjutan tidak sekadar masa pandemik.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris ketika mengunjungi pejabat TikTok Malaysia bagi membincangkan kerjasama dengan pelantar itu.

Jika pada tahun 2021 TV AlHijrah aktif menyuntik semangat kepada masyarakat Malaysia untuk tidak mudah berputus asa memerangi COVID-19 dengan pelbagai inisiatif, TV AlHijrah sekali lagi pada tahun ini meneruskan agenda menaiktaraf masa depan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk menguasai pasaran ekonomi domestik dan bersaing di peringkat antarabangsa dengan menawarkan peluang mempromosi produk jauh lebih murah berbanding harga pasaran semasa.

Bincang Niaga Privilege 2023 yang akan berlangsung pada di Studio Penyiaran TV AlHijrah Sabtu, 29 Julai nanti mengundang para usahawan baharu untuk berganding bahu menaik taraf promosi produk mereka dengan platform yang bersesuaian dengan fenomena kini, antaranya TikTok.

Tajuk perkongsian keusahawanan dalam Bincang Niaga Privilege 2023 pada 29 Julai nanti.

Antara tajuk pengisian yang dikongsikan oleh penceramah undangan yang mempunyai variasi kepakaran dalam acara tersebut bakal menyediakan ruang dan peluang serta arah pandu untuk para usahawan baharu merangka langkah dalam bidang keusahawanan mereka.

Perbicaraan seputar skim pembiayaan, kepentingan mengembangkan produk halal melangkau batas semapadan geografi, penjenamaan perniagaan serta diri di media sosial mampu memberi keyakinan kepada usahawan untuk menambah nilai pada perniagaan dan juga diri melangkah lebih jauh.

Pengisian berbentuk motivasi dan perkongsian pengalaman dalam Bincang Niaga Privilege 2023 pada 29 Julai nanti.

Manakala perkongsian berbentuk pengisian rohani dan panduan diri sebagai usahawan akan disalurkan melalui beberapa tajuk seputar pengalaman kebangkitan semula selepas fasa kejatuhan atau tragedi, modul perniagaan mengikut acuan agama, usaha taawun (tolong-menolong) ke arah kebaikan melalui teknologi terkini dan motivasi untuk usahawan menggandakan langkauan produk mereka melalui slogan “Produk Anda Berhak Popular!” yang menjadi pilihan TV AlHijrah sejak dahulu lagi.   

Justeru itu, para usahawan baharu disarankan memanfaatkan peluang ini untuk bersama-sama TV AlHijrah memperkasakan jenama produk mereka serta menikmati pelbagai faedah dan manfaat yang disediakan dalam acara kali ini demi kelangsungan ekonomi negara.

Sila layari www.tvalhijrah/bincangniaga ataupun hubungi media strategis Bincang Niaga Privilege 2023 untuk keterangan lanjut.

PRODUK ANDA BERHAK POPULAR!

(91)

Suntikan motivasi dan perkongsian pengalaman dalam Bincang Niaga Privilege 2023

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>