Telur goreng, kicap menu harian tujuh beranak selepas pemergian suami

APRIANTI Muhammad Umar, 49, terpaksa menerima hakikat menyandang gelaran ibu tunggal kepada enam anak selepas suaminya menghembuskan nafas terakhir pada 21 Januari lalu. Walaupun tidak menduga ujian berat itu hadir sekelip mata, dia tabah dan reda dengan ketentuan takdir biarpun lelaki yang menjadi tempatnya dan anak-anak bergantung harap pergi lebih awal menghadap Ilahi selepas sekian lama menderita penyakit kanser pankreas.

Allahyarham Khairirudin Ali, 52, bekerja sebagai juruteknik kilang di Bayan Lepas. Biarpun gaji tidak seberapa, tetapi suaminya sangat bertanggungjawab. Setiap bulan beliau tidak pernah culas menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan membahagikan perbelanjaan rumah dan persekolahan anak-anak.

Untuk meringankan beban suami, Aprianti bekerja sebagai tukang sapu di kawasan rumah mereka dengan pendapatan RM500 sebulan. Meskipun semua tanggungjawab kini perlu dipikulnya seorang diri, Aprianti tidak larut dalam perasaan kerana semua anaknya masih bersekolah dan memerlukan perhatian.

Aprianti menyiapkan makanan untuk anak-anaknya sebelum keluar bekerja.

Beliau harus berdikari dan berjimat cermat bagi memastikan pelajaran mereka tidak terganggu. Memandangkan sesi persekolahan baharu bermula ditambah keadaan kekangan kewangan, keluarga ini tetap bersyukur biarpun menu telur goreng dan kicap menjadi hidangan wajib mereka setiap hari.

Biarpun tiada lauk mewah dihidangkan, sekurang-kurangnya mereka tidak perlu mengikat perut. Kehidupan selepas pemergian arwah suaminya perit, namun nasib mereka jauh lebih baik berbanding insan lain di luar sana yang berdepan ujian jauh lebih berat.

Untuk menderma sila layari ybim.org.my/suaraasnaf dan tekan Asnaf 84 atau terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Gambar: Aprianti menunjukkan gambar arwah suaminya, Khairirudin yang meninggal dunia pada Januari lalu.

(3)

Telur goreng, kicap menu harian tujuh beranak selepas pemergian suami

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>