Teruja dengan kegunaan paip penyembur air di tandas, lelaki ini dapat penerangan mengejutkan daripada lelaki Muslim

“SELAMAT datang ke dunia moden,” jawab salah seorang daripada pengguna Twitter terhadap ciapan Matthew Teller yang memuat naik gambar tandas yang dilengkapi paip penyembur air dengan kapsyen “It’s a big day in our humble English bathroom, folks.”

Keterujaan Teller menikmati “perubahan besar” dalam hidupnya mendapat perhatian lebih tiga juta pengguna; kebanyakannya menyatakan kehairanan dengan kenyataan Teller yang kelihatan baru sahaja tersedar akan manfaat sesuatu alat yang telah lama digunakan oleh orang lain khususnya umat Islam di serata dunia.

Istinjak menggunakan air dalam bab taharah diajar Rasulullah SAW sejak lebih 1,400 tahun dahulu kerana Islam sememangnya menitik beratkan soal kebersihan diri dan persekitaran. Ini menunjukkan ajaran Islam itu maju dan melampaui sempadan akal manusia.

Pengguna bernama Khan pula menyatakan syukurnya atas ajaran Islam di mana umat Islam telah mempraktikkan istinjak yang kini kelihatannya telah mula dipraktikkan oleh bangsa lain.

Komen dari pengguna Twitter, Khan dan Sophie menjawab ciapan Matthew Teller mengenai kegunaan paip penyembur air di tandas.

“Kami juga beristinjak dengan air semasa buang air kecil, bukan hanya kerana buang air besar,” balas Khan.

“Penemuan baharu” dalam hidup Teller juga mendapat perhatian pengguna, Sophie yang berkongsi kebaikan menggunakan paip penyembur air di tandas. 

Menurut Sophie, beliau telah memasang paip penyembur air di tandas rumahnya sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di kawasannya. Idea itu tercetus setelah beliau teringat tandas flat kediamannya dulu yang dilengkapi kemudahan itu.

Sewaktu jiran lain panik membeli stok kertas tisu sewaktu tempoh PKP tersebut, Sophie berasa lega kerana tidak mengalami sebarang masalah berkaitan kebersihan diri.

Hakikatnya, agama Islam melalui panduan Al-Quran dan qudwah hasanah Rasulullah SAW telah mempersiapkan umatnya dengan sebaik-baik panduan kehidupan bermula dari lahir hingga ke pusara.

Ajarannya bukan sahaja untuk manfaat umat Islam sahaja, malah untuk semua agama dan bangsa dan sesuai untuk semua zaman. Sekiranya seseorang itu tidak nampak keindahannya, ia bukanlah kerana kekurangan agama itu sendiri, tetapi mereka belum menemui hikmahnya.

Gambar: Ciapan Matthew Lew tentang paip penyembur air di tandas.

(14)

Teruja dengan kegunaan paip penyembur air di tandas, lelaki ini dapat penerangan mengejutkan daripada lelaki Muslim

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>