Tidak risau makan nasi lauk telur goreng, ibu runsing susu anak terputus, pendapatan suami terjejas akibat PKP

KETABAHAN Nor Zalina Ahmad, 45, membesarkan 10 orang anak bersama suaminya, Iderus Mat Noor,43, dalam serba kekurangan bukan tugas mudah. Tambah memeritkan kehidupan keluarga ini terjejas apabila pendapatan Iderus yang juga tulang belakang keluarga yang bekerja sebagai pemandu van kilang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula tahun lalu.

Gaji suaminya berdasarkan perjalanan (trip) yang dibuat membuatkan mereka terpaksa berjimat-cermat terutama sejak pandemik Covid-19 kerana pendapatan yang diperoleh suami tidak cukup untuk menampung keperluan keluarga. Trip Iderus semakin berkurangan memandangkan kilang tempatnya bekerja mengurangkan operasi sepanjang pelaksanaan PKP. 

Disebabkan gaji Iderus berkurangan, Nor Zalina terpaksa mencatu makanan untuk pastikan barangan yang ada mampu bertahan sehingga hujung bulan sebelum suaminya mendapat gaji. Walaupun hanya telur goreng menjadi hidangan, mereka sekeluarga tetap bersyukur kerana tidak perlu mengikat perut.

Nor Zalina bersama anak-anaknya melihat gambar Allahyarham Nur Izzara Masmeera yang meninggal dunia selepas tersembam ke dalam baldi pada tahun 2016.

Namun Nor Zalina runsing memikirkan bekalan susu Nur Dzahra Aisyaa, 4, dan Muhd Sayyid Ibrahim, 2 tahun, terputus. Bekalan susu dan lampin yang diperlukan untuk kedua-dua anaknya itu mencecah RM400 sebulan. Nor Zalina berkata dia sudah sedaya upaya berjimat dengan menggunakan lampin paling murah di pasaran, namun susu memang amat diperlukan untuk tumbesaran mereka.

Kadangkala Noor Zalina diserang migrain kerana terlalu risau memikirkan nasib anak-anak yang sedang membesar. Tambah memeritkan apabila bantuan zakat yang diterima Nor Zalina sekeluarga berakhir penghujung tahun lepas dan kini bergantung harap kepada pendapatan suaminya semata-mata.

Untuk menderma sila layari ybim.org.my/suaraasnaf dan tekan Asnaf 57 atau terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Gambar: Nor Zalina memangku anak bongsunya, Muhd Sayyid Ibrahim ketika ditemui di kediamannya di Kampung Sulup, Teluk Kumbar, Pulau Pinang baru-baru ini.

(0)

Tidak risau makan nasi lauk telur goreng, ibu runsing susu anak terputus, pendapatan suami terjejas akibat PKP

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>