Tidak tolong ayah jatuh motor, pelajar lembam dituduh Tanggang Moden

GARA-GARA tangan lebih laju dari fikiran, pelajar lembam dikutuk oleh warga maya sehingga tular di media sosial.

Tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara sebenar di sebalik apa yang terhidang di depan mata, seorang pengguna TikTok memuat naik video seorang pelajar yang hanya berdiri apabila melihat bapanya terjatuh dari motosikal, tanpa sebarang tindakan membantu bapanya tersebut.

Video yang mengundang kecaman ramai kepada pelajar tersebut ditularkan tanpa tanggungjawab; sehinggalah akhirnya pihak sekolah muncul menjelaskan keadaan sebenar. Pelajar tersebut adalah pelajar kurang upaya (lembam) dan sememangnya lambat bertindak apabila disuruh.

Kecewa dengan sikap gopoh pemilik akaun TikTok tersebut, pihak sekolah menitipkan nasihat supaya warga maya lebih berhati-hati dalam mengejar ‘like’ kerana tidak semua yang terpapar di media sosial itu sebagaimana sangkaan.

Seorang lelaki membantu seorang bapa yang terjatuh dari motor di depan sebuah sekolah. (Gambar: mStar)

Mereka juga meminta agar pengguna TikTok tersebut untuk memadam video yang telah dimuat naik bagi mengelakkan salah faham dan telah mendapat reaksi yang negatif dari netizen tanpa usul periksa.

Dalam kes sebegini, walaupun video tersebut telah dipadam, hakikatnya kerosakan telah berlaku. Pelajar tersebut telah dikutuk secara berjemaah, manakala warga maya pula telah terlibat dosa memfitnah.

Betapa besarnya kesan fitnah itu; hanya dengan seorang pencetus sahaja, keburukan terpalit kepada semua orang yang kurang akhlaknya. Berapa kerat sangatlah yang mencari pelajar tersebut dan meminta maaf atas fitnah yang disebarkan mereka.

Begitulah fenomena yang berlaku di media sosial, dunia di mana semua orang boleh bersuara. Dinding antara baik dan buruk sangat nipis. Hanya mereka yang berpegang kepada pesanan agama supaya melakukan tabayyun setiap kali menerima perkhabaran sahaja yang akan terselamat dari terjebak dengan fitnah di media sosial.

Gambar: Video tular yang memaparkan seorang bapa jatuh dari motosikal dan disaksikan oleh anaknya di depan pintu pagar sekolah.

(2)

Tidak tolong ayah jatuh motor, pelajar lembam dituduh Tanggang Moden

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>