Ulang alik antara Shah Alam dan Seremban dengan kenderaan awam demi jaga bapa uzur dan kakak OKU setelah ibu meninggal

FIFI Halizah Hassim, 29, sanggup berkorban dan melipat gandakan bakti kepada bapanya, Hassim Mohd Sa’ad, 80, yang sudah dimamah usia dengan kudrat terbatas walaupun terpaksa berulang alik dari Shah Alam ke Seremban setiap minggu demi menguruskan segala keperluan Hassim dan kakaknya.

Jasa Hassim membesarkan Halizah dan kakaknya Fifi Haritah, 31, yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) lembam bersendirian sejak ibu mereka, Wan Sarimah Wan Yunus meninggal dunia pada tahun 2008 tidak mungkin mampu dibalas.

Dengan gaji bulananRM1,200 itulah digunakan Fifi Halizah untuk membayar komitmen bulanan seperti kos perubatan, keperluan bapa dan kakaknya termasuk pengangkutan awam untuk pulang ke kampung memandangkan masih belum mampu memiliki kenderaan sendiri.

Fifi Halizah memaklumkan bapanya juga menderita beberapa penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, asma, jantung dan buah pinggang sejak beberapa tahun lalu. Malah, disebabkan masalah asma kronik, Hassim terpaksa menggunakan bantuan gas oksigen untuk menyokong fungsi paru-parunya. 

Fifi Halizah membantu menguruskan keperluan bapanya setiap kali pulang ke Seremban setiap hujung minggu.

Fifi Halizah perlu menyediakan peruntukan sebanyak RM150 untuk dua tong oksigen yang boleh digunakan selama dua minggu untuk bapanya. Biarpun perbelanjaan tinggi, sebagai tulang belakang keluarga Fifi Halizah sanggup melakukan apa sahaja asalkan kesihatan bapanya terjaga.

Memandangkan masalah penyakit kronik yang dideritai, bapanya yang tidak mempunyai wang persaraan atau pencen bergantung sepenuhnya kepada pendapatan Fifi Halizah. Namun, gadis ini berkata, dia amat bersyukur kerana bapanya memperoleh elaun bulanan berjumlah RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Jumlah itu, amat besar ertinya buat mereka sekeluarga kerana dapat meringankan bebanan kewangan yang ditanggung memandangkan perbelanjaan perubatan bapanya mencecah sehingga RM1,000 setiap bulan. 

Fifi Halizah berkata, tanpa bantuan JKM, sudah pasti dirinya terbelit masalah kewangan serius memandangkan gajinya hanya cukup menampung kehidupan mereka sekeluarga. Jika tiada bantuan itu, sudah pasti dia tidak dapat memenuhi keperluan bapa dan kakaknya kerana tidak mampu berulang-alik dari Shah Alam ke Seremban setiap minggu.

Untuk menderma sila layari ybim.org.my/suaraasnaf dan tekan Asnaf 50 atau  terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Gambar: Hassim perlu menggunakan tong oksigen bagi menyokong fungsi paru-paru akibat masalah asma kronik yang dideritainya.

(15)

Ulang alik antara Shah Alam dan Seremban dengan kenderaan awam demi jaga bapa uzur dan kakak OKU setelah ibu meninggal

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>