July 27, 2024 2:57 PM
LOGO-HBIT

URUSAN JEMAAH HAJI MUDAH DENGAN SISTEM IDENTITI DIGITAL

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi memperkenalkan sistem identiti digital yang dikenali sebagai ‘Saudi Visa Bio’ dan ‘Tawakkalna’ kepada jemaah haji yang menggunakan visa haji tahun ini.

Aplikasi tersebut memudahkan jemaah Malaysia tanpa mengambil masa yang lama untuk terus menunaikan umrah serta setiap urusan yang membabitkan kedua-dua negara berkenaan.

Menurut Fasilitator Media, Kementerian Media, Kerajaan Arab Saudi, Datuk Izelan Basar, sistem pengenalan diri ituadalah sebahagian daripada usaha kerajaan Arab Saudi untuk melaksanakan transformasi digital serta memanfaatkanteknologi selaras matlamat Wawasan Saudi 2030.

Sebelum ini juga, kementerian itu melancarkan setem pasportkhas yang mengandungi identiti visual bagi jemaah haji mendapat manfaat daripada Inisiatif Laluan Mekah (Mecca Route).

Beliau berkata demikian ketika ditemubual bagi siaran khas Haji media tempatan yang turut sama dalam musim Haji 1445H tahun ini.

Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) itu dibangunkan Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama Kementerian Haji dan Umrah serta Pihak Berkuasa Data dan Kepintaran Buatan Arab Saudi.

Sistem tersebut direka khas bagi jemaah haji musim ini yang membolehkan mereka mengesahkan identiti secara elektronik menerusi platform tersebut.

Langkah itu bertujuan memudahkan jemaah menggunakan sistem identiti digital untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan sekaligus memberikan mereka pengalaman terbaik sepanjang berada di tanah suci.