Wanita digantung tidak bertali tabah jaga anak OKU dan adik pekak bisu sendirian

BIARPUN terpaksa menjaga anak yang terlantar seorang diri selepas digantung tidak bertali sejak enam tahun lalu, Che Manis Hussin, 59, menerima ujian kiriman Allah SWT dengan hati terbuka, demi kasihnya terhadap anak bongsunya, Nurul Atiqah Zulkifli Chan yang kini menginjak usia 21 tahun.

Mendepani cabaran menjaga Nurul Atiqah, ibu kepada enam anak ini mengakui bersendirian menjaga anak istimewa bukanlah tugas yang mudah. Katanya, Nurul Atiqah membesar seperti kanak-kanak normal lain, namun ketika usianya menginjak tujuh tahun, dia diserang demam panas dan sawan tarik.

Ketika di hospital, doktor memberi pilihan sama ada meneruskan rawatan dengan menempatkan Nurul Atiqah di Unit Rawatan Rapi (ICU) atau membawanya pulang ke rumah. Che Manis mengambil keputusan membawa permata hatinya itu pulang ekoran keadaannya tidak menunjukkan sebarang perubahan. 

Rutin harian Che Manis bermula seawal pagi dengan memandi dan menyuapkan makanan kepada anaknya Nurul Atiqah.

Walaupun sudah 14 tahun Nurul Atiqah terlantar, Che Manis yakin satu hari nanti Nurul Atiqah akan kembali normal. Beliau yang tidak pernah berputus asa dan berusaha untuk memastikan impian ini menjadi kenyataan menghantar anaknya menjalani latihan fisioterapi dengan jurupulih bertauliah sebanyak empat kali sebulan dan turut memberikan makanan tambahan untuk menguatkan tubuhnya.

Perbelanjaan bulanan Nurul Atiqah merangkumi susu, makanan tambahan, lampin pakai buang dan latihan fisioterapi mencecah RM700 sebulan.

Selain memikul tanggungjawab menjaga Nurul Atiqah, Che Manis turut menjaga adik bongsunya, Faridah, 56, yang bisu dan pekak sejak lahir.  Memikirkan usia yang semakin lanjut, Che Manis tidak dapat membayangkan nasib anaknya itu sekiranya suatu hari nanti dia tiada lagi di sisi Nurul Atiqah.

Disebabkan itu, wanita ini sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kesihatan yang baik supaya dia terus diberi kesempatan menjaga Nurul Atiqah selagi hayat di kandung badan.

Untuk menderma sila layari ybim.org.my/suaraasnaf dan tekan Asnaf 59 atau terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Gambar: Che Manis membetulkan posisi Nurul Atiqah yang terlena supaya beliau dapat berehat dengan selesa.

(15)

Wanita digantung tidak bertali tabah jaga anak OKU dan adik pekak bisu sendirian

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>