October 7, 2024 11:01 PM
LOGO-HBIT

Wanita mangsa pukul suami masih terlantar, belum lihat bayi sendiri yang dilahirkan dua bulan lalu

MASIHKAH kalian ingat tragedi seorang isteri yang diperlaku kejam oleh suami sendiri, dipukul sehingga koma Mei tahun lalu?

Jahidah Nordin, wanita malang berusia 43 itu masih tidak boleh bergerak dan hanya terlantar di katil akibat perbuatan durjana suaminya.

Malah lebih merobek jiwa, beliau masih belum melihat anaknya, Eshan Nufail yang sewaktu kejadian berada dalam kandungan dan dilahirkan November lalu di Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) Seremban melalui pembedahan.

Tangan Jahidah mengeras, namun adik beliau Fauziah Nordin, 40 cuba membawa tangan kakaknya itu untuk menyentuh Eshan.

“Setiap kali melakukannya pasti air matanya akan mengalir,” kata Jahidah sebagaimana dilaporkan Harian Metro hari ini.

Fauziah juga menerangkan keadaan terkini kakaknya yang masih tidak boleh bergerak dan bercakap, hanya terlantar di katil, malah dia juga tidak dapat memberikan maklum balas apabila ditanya atau sebagainya.

Fauziah juga menerangkan keadaan terkini kakaknya yang masih tidak boleh bergerak dan bercakap, hanya terlantar di katil, malah dia juga tidak dapat memberikan maklum balas apabila ditanya atau sebagainya.

“Melihat keadaan kakak, memang rasa sebak kerana keadaan ini sudah berlarutan lebih enam bulan, namun saya dan ahli keluarga lain akan terus menjaganya sehingga dia pulih.

“Jahidah mengalami masalah di tekak yang mungkin menyebabkan dia sukar mengeluarkan suara namun keadaan itu dalam pemantauan pihak kesihatan.

“Namun terdapat tanda dia memahami percakapan atau pertanyaan kami berdasarkan bahasa tubuh apabila dia kerap mengalirkan air mata,” kata Fauziah lagi.

Fauziah berkata, Eshan berada dalam keadaan sihat dengan diberikan susu formula, malah berat badannya juga bertambah.

Lebih malang lagi, menurut Fauziah, sehingga kini gaji Jahidah tidak dapat dikeluarkan daripada bank kerana dipercayai berkaitan dengan masalah di bank dan urusan mahkamah. Justeru itu mereka terpaksa bergantung kepada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkannya menerusi akaun CIMB Bank Fauziah Nordin 7617797037.

Gambar: JAHIDAH yang masih terlantar di katil bersama anaknya. (Harian Metro)