Wanita OKU simpan impian bina bilik demi keselesaan empat anak

KECELAKAAN jalan raya yang dialami 14 tahun lalu merubah 360 darjah hidup Nur Hajar Salim, 32. Bukan sekadar hilang kaki kanan selepas digilis sebuah treler muatan konkrit, malah suami yang baharu dua bulan dikahwininya turut meninggal dunia dalam nahas yang berlaku di Permatang Tok Gelam, Penaga, Seberang Perai Utara itu.

Wanita tabah ini tidak pernah menduga akan berdepan ujian berat tambah pula sedang meniti kebahagiaan berumah tangga bersama insan tersayang. Sejujurnya Nur Hajar hilang arah selepas tragedi itu kerana segalanya berlaku dalam sekelip mata, namun beliau cuba mengumpul kekuatan yang masih bersisa untuk bangkit semula meneruskan kehidupan. 

Beliau mula mengecapi kebahagiaan apabila ditakdirkan bertemu jodoh sekali lagi bersama Hairull Amri Azmi, pada tahun 2010.  Hasil perkongsian hidup yang kini mencecah 12 tahun, Nur Hajar dan suami dikurniakan empat anak lelaki berusia antara lapan hingga 12 tahun. Mereka enam beranak kini mendiami rumah pusaka milik keluarga, namun disebabkan rumah berkenaan tiada bilik, Nur Hajar terpaksa menjadikan bahagian dapur sebagai bilik, manakala sebahagian ruang tamu dijadikan dapur memandangkan anak-anaknya semakin meningkat dewasa.

Nur Hajar dan suaminya menyimpan hasrat mengubah suai rumah, namun mereka hanya mampu menyimpan angan-angan memandangkan keadaan kewangan tidak mengizinkan. Selain faktor keselesaan anak-anak yang semakin membesar, tujuan utama beliau mahu melakukan pengubahsuaian kerana bimbang rumah dinaiki air memandangkan ia dibina di kawasan rendah menyebabkan kawasan itu mudah dinaiki air biarpun hujan lebat hanya turun hanya beberapa minit.

Keadaan dapur yang sempit menyukarkan Nur Hajar untuk menggunakan kerusi roda ketika memasak atau mencuci pinggan.

Untuk membantu meningkatkan pendapatan suami yang hanya bekerja sebagai operator pengeluaran, Nur Hajar berkata dia berniaga burger berhampiran rumah. Namun pendapatannya terjejas teruk akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas negara diserang pandemik Covid-19 dua tahun lalu sehingga menyebabkan mereka sekeluarga pernah duduk bergelap kerana tidak mampu menjelaskan bil elektrik.

Beliau juga berdepan kesukaran membesarkan anak-anak memandangkan keadaan kewangan tidak stabil. Wanita ini memilih berniaga burger kerana tidak ramai majikan yang mahu menggajikan golongan Orang Kurang Upaya (OKU), malah tahap kepekaan masyarakat terhadap golongan OKU masih rendah menyebabkan Nur Hajar sukar mendapatkan pekerjaan yang menjanjikan gaji bulanan.

Untuk menderma sila layari ybim.org.my/suaraasnaf dan tekan Asnaf 88 atau terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Gambar: Nur Hajar bimbang memikirkan keselamatan memandangkan rumahnya dibina di kawasan rendah menyebabkan ia mudah dinaiki air biarpun hujan lebat hanya turun seketika.

(8)

Wanita OKU simpan impian bina bilik demi keselesaan empat anak

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>