Wanita sebatang kara rayu bantuan rawat penyakit kaki gajah cecah 100kg

DUNIA Rosmiza Awang Mat, 40, berubah sekelip mata apabila kakinya membesar dan membengkak secara tiba-tiba berbanding saiz kaki normal ketika berusia 12 tahun.  Keadaan kaki Rosmiza semakin membesar seiring peningkatan usia.

Beliau terpaksa menjalani pembedahan pertama di Hospital Raja Perempuan Zainab II ketika berusia 17 tahun untuk membuang lemak dan lendir seberat hampir 4 kilogram (kg) pada bahagian kaki yang membengkak itu. Namun, keadaan kaki Rosmiza bertambah buruk dan semakin membesar.

Apabila doktor mengesahkan beliau menghidap penyakit ‘kaki gajah’ dipercayai disebabkan jangkitan kuman, Rosmiza mengambil keputusan untuk tidak lagi meneruskan persekolahan.  Keadaan wanita yang tidak pernah mendirikan rumah tangga ini bertambah teruk sejak tiga tahun lalu apabila kakinya terus membesar sehingga mencecah berat hampir 100kg.

Keadaan itu menyebabakan beliau sukar bergerak dan hanya mampu menghabiskan masa di atas tilam selain terpaksa bergantung kepada troli yang ditempah khas dengan harga RM150 bagi memudahkan beliau bergerak dan menguruskan diri sendiri.

Rubiah kini mengambil alih tanggungjawab menjaga Rosmiza selepas ibu bapa mereka meninggal dunia.

Wanita ini juga berhasrat untuk melakukan pembedahan kedua memandangkan kesnya akan dirujuk semula di Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk melakukan pemeriksaan lanjut. Namun Rosmiza khuatir jika kesnya dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian kerana jika pembedahan itu dilakukan di HUSM, ia dijangka akan menelan belanja hampir RM50,000.

Biarpun menerima bantuan bulanan sebanyak RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun ia masih belum mencukupi untuk membiayai pembedahan kerana wang itu digunakan untuk menampung hidupnya yang tidak mampu bekerja berikutan penyakit yang dideritainya itu.

Untuk menderma sila layari ybim.org.my/suaraasnaf dan tekan Asnaf 82 atau  terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Gambar: Kaki Rosmiza yang terus membesar sehingga mencecah berat hampir 100kg menyebabkan dia sukar bergerak dan terpaksa menghabiskan masa di atas tilam.

(10)

Wanita sebatang kara rayu bantuan rawat penyakit kaki gajah cecah 100kg

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>