Wanita terlantar buntu cari kos rawatan buka besi tulang belakang

SELEPAS terbabit dalam nahas jalan raya, Norhasmidar Tahir, 36, hilang keupayaan bergerak dan kini hanya terlantar selepas motosikal yang ditunggang bersama ibunya, Hasnah Ali, 67, berlanggar dengan sebuah bas ketika melalui selekoh di Balik Pulau, hampir sembilan tahun lalu. 

Namun, di sebalik ketabahan dan riak wajah tenang yang dipamerkan, hanya Allah SWT yang tahu isi hati wanita cekal ini yang runsing memikirkan cara mendapatkan RM15,000 bagi menampung kos rawatan membuka besi yang dipasang di bahagian tulang belakangnya sejak kemalangan itu. Ekoran kemalangan berkenaan, besi dan skru terpaksa dipasang dari bahagian tengkuk sehinggalah ke tulang belakang.

Lebih malang, wanita ini diceraikan suami sebulan selepas tragedi hitam itu berlaku selepas beliau disahkan lumpuh dan tidak lagi mampu menguruskan diri sendiri. Norhasmidar yang tidak lagi mampu bergerak hanya terlantar di atas katil, hilang punca pendapatan berikutan tidak lagi mampu bekerja.

Asmidar terpaksa menanggung sakit dan bisa menyucuk sehingga ke kaki berikutan tidak mampu menyediakan kos rawatan untuk membuka besi yang dipasang di tulang belakangnya.

Akibat tidak mampu menyediakan kos rawatan, wanita ini terpaksa menanggung kesakitan yang sukar digambarkan selain rasa bisa yang menyucuk sehingga ke kaki. Pembedahan membuka besi pada tulang belakangnya adalah peluang terbaik beliau sembuh seperti sedia kala jika ia dilakukan secepat mungkin.

Namun, Norhasmidar buntu memikirkan cara mengumpul wang dengan keadaan diri yang terlantar, hendak menguruskan diri sendiri pun dia tidak berdaya, apatah lagi untuk bekerja.  Bekas operator pengeluaran ini berharap ada pihak yang prihatin dan sudi menghulurkan bantuan menampung kos rawatan agar dia dapat kembali berjalan dan bekerja bagi mengubah nasib keluarga.

Untuk menderma sila layari ybim.org.my/suaraasnaf dan tekan Asnaf 78 atau terus menyumbang ke akaun YBIM (566010633490 – Maybank).

Gambar: Hasnah mencuba pelbagai kaedah seperti mendapatkan khidmat pakar urut dan ahli terapi untuk memastikan Asmidar kembali sembuh seperti sedia kala.

(2)

Wanita terlantar buntu cari kos rawatan buka besi tulang belakang

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>