October 7, 2024 10:20 PM
LOGO-HBIT

Yayasan Ikhlas bantu ibu tunggal sara anak OKU

PUAN Munirah, seorang ibu tunggal yang menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan bapa untuk anak
tunggalnya yang menghidap penyakit sawan tarik. Kisah anaknya Muhammad Haziq bermula semasa berusia lima tahun menghidap demam panas dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Selepas tiga minggu, adik Haziq disahkan menghidap penyakit sawan tarik yang bukan lagi kebiasaan bagi kanak-kanak lain. Keadaan adik Haziq sekarang tidak mampu untuk berjalan sendiri, hanya mampu merangkak dan memerlukan penjagaan sepenuhnya oleh Munirah bagi menyediakan makanan dan minuman serta pengurusan dirinya.

Berbekalkan pendapatan wang hasil upah mencuci dan mengemas rumah, Munirah cekal mencari rezeki untuk wang belanja dan biaya kos rawatan anaknya. Menurut Munirah, beliau menghadapi kesukaran untuk bekerja secara tetap kerana anaknya memerlukan penjagaan sepenuhnya. Masa beliau banyak diberikan untuk menjaga adik Haziq dan hanya berkesempatan untuk mengambil upah mencuci dan mengemas rumah.

Kesukaran hidup yang dihadapi oleh Munirah mendapat perhatian daripada pihak Yayasan Ikhlas dan kami tampil mendapatkan maklumat keperluan yang Puan Munirah perlukan.

Dengan itu, Yayasan Ikhlas menyediakan sumbangan tilam khas berspesifikasi hospital untuk memberikan lebih keselesaan dan keselamatan kepada adik Haziq yang tidak sesuai tidur di atas katil kerana sering mengigau malam sehingga terjatuh katil. Tilam ini juga dapat membantu Puan Munirah menguruskan penjagaan adik Haziq dengan lebih mudah.

Terima kasih kepada para penyumbang Yayasan Ikhlas yang mulia. Dengan sumbangan anda Yayasan
Ikhlas dapat membantu pesakit seperti adik Haziq. Sama-sama kita doakan urusan Munirah dan anaknya, Muhammad Haziq dipermudahkan.

Salurkan bantuan anda di laman web bantupesakitsihat.com atau terus menyumbang ke akaun
Maybank – 5628 3463 6228 (Rujukan: Bantu Pesakit Sihat) atau hubungi di talian 019-611 5954.