Yayasan Ikhlas imarahkan 10 malam terakhir Ramadan lalu

KUALA LUMPUR: Istimewa 10 malam terakhir Ramadan yang lalu mengejar Lailatul Qadar bersama Yayasan Ikhlas menerusi siaran langsung di platform Facebook dan Youtube Yayasan Ikhlas. Sebelum Ramadan melabuhkan tirainya kita masih lagi berkesempatan tingkatkan lagi ibadah selagi boleh sebagai pecutan hingga ke saat akhir.

Ramadan lalu Yayasan Ikhlas menganjurkan program Malam Ambang Pahala 1000 Bulan yang merupakan tahun kedua diadakan. Program ini disajikan dengan pelbagai program menarik seperti Ziarah Kasih Ramadan, Majlis bacaan surah Yaasin dan Tahlil, Khatam Perdana, dan Sembang Moreh. Pelbagai hadiah menarik dan Cabutan Bertuah buat para penonton yang menonton sehingga ke akhir program.

Program ini disiarkan secara langsung yang turut menampilkan Pengacara Hazeman Huzir dan Faizal Ismail (FBI) dalam segmen Sembang Moreh. Turut menampilkan Shahir Zawawi (Pembimbing Khatam Al-Quran) dan Cikgu Sofizah (Qariah), serta barisan panel jemputan bersama Nadir Al Nuri (Cinta Gaza Malaysia), The Helmis (Aktivis MAPIM), PU Amin, Aina Abdul (Juara AJL 37), Namie (Juara Muzikal Lawak Superstar 3).

Untuk program sepanjang Ramadan Yayasan Ikhlas juga menyiarkan alunan Zikir Munajat bersama Ammar Mukhlis di Facebook dan Youtube Yayasan Ikhlas.

Penaja dari RS Megatravel yang memberi tajaan Pakej Umrah sebagai Hadiah Utama khas buat pemenang yang bertuah.

Tajaan dari Kaligrafi hiasan rumah dari Jiham, Al-Quran dari Yayasan Restu, langganan Durioo+ untuk 3 bulan percuma, dan E-voucher dari Mydin buat pemenang saguhati.

Program ini sedikit sebanyak memberi peluang kepada umat Islam khususnya, meningkatkan lagi amal ibadah pada 10 malam terakhir di mana malam yang tidak akan kembali dalam mana-mana bulan, bahkan ianya lebih baik dari malam 1000 bulan.

(15)

Yayasan Ikhlas imarahkan 10 malam terakhir Ramadan lalu

| Advertorial2 | 0 Comments
About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>