* Artikel ini disediakan oleh pihak Yayasan Ikhlas.

BILIK Gerakan Bencana Yayasan Ikhlas telah dilancarkan bermula dengan Mesyuarat Pengurusan Bencana Pantai Timur. 

Mesyuarat bersetuju menggerakkan pasukan CDA ERT YI ke Pantai Timur bagi menyalurkan bantuan kepada 4,700 mangsa yang telah dipindahkan ke PPS di Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Rusila.

Pasukan CDA-ERT Yayasan Ikhlas bersama dengan Farah Lee, pempengaruh media sosial turut bersama  di Pejabat Daerah Marang dengan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang, Puan Rozilah dan Encik Din, untuk mendapatkan senarai PPS yang sesuai untuk dibantu bagi agihan sumbangan.  

Barang untuk memasak makanan panas di Dapur Ikhlas 

Untuk makluman semua, Yayasan Ikhlas sedang bersiap sedia untuk menyalurkan beberapa jenis bantuan banjir seperti Dapur Ikhlas, air mineral dan turut menyantuni mangsa banjir melalui modul Kit Emosi atau Psikologi First Aid (PFA) kepada golongan yang terkesan akibat banjir seperti kanak-kanak, ibu-ibu dan warga emas.

Jom sama-sama kita menyumbang untuk mangsa-mangsa banjir dengan klik link https://misibantuan.com

Gambar: Kerja mencuci dan membersih rumah mangsa banjir

(37)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *