KETABAHAN Nor Zalina Ahmad, 45, membesarkan 10 orang anak bersama suaminya, Iderus Mat Noor,43, dalam serba kekurangan bukan tugas mudah. Tambah memeritkan kehidupan keluarga ini terjejas apabila pendapatan Iderus yang juga tulang belakang keluarga yang bekerja sebagai pemandu van kilang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula tahun lalu. Gaji suaminya berdasarkan perjalanan (trip) […]

Read more

KEHIDUPAN Halpira Muhamad Yusup, 36, sememangnya terhimpit.  Menderita penyakit radang sendi akibat kemalangan motosikal lima tahun lalu, menyebabkan wanita tabah ini sudah tidak boleh melakukan kerja berat termasuk menjahit pakaian. Kemalangan langgar lari yang menimpa pada tahun 2016 menjadi titik hitam sehingga mengubah hidup keluarganya. Suaminya, Khairul Nizam Abdul Hanif, 32, yang sebelum ini mempunyai […]

Read more

KEHIDUPAN Nur Hidayu Sukri, 30, mula berubah sejak terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga apabila suaminya Mohammad Rosli Yaacob, 42, yang bekerja sebagai pembantu am di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Periok terpaksa berhenti kerja selepas hampir semua anggota badannya ‘mengembang’ dan kini hanya mampu terlantar di atas katil sepanjang masa. Anggota badan […]

Read more

HIDUP bekas juara program realiti, Sinaran Pasport Kegemilangan 1996 dan pemenang tempat ketiga Mentor Otai 2018, Alina Hassan, 53, yang dulu penuh kemasyhuran dan sentiasa mencuri tumpuan lensa kamera kini berubah 360 darjah. Beliau yang juga ibu tunggal kepada tiga anak mengisi harinya yang sepi dengan mengajar anak-anak jiran mengaji secara percuma, menyanyi menerusi platform […]

Read more

KEHIDUPAN keluarga Nor Rashidah Mohamad Rosnan,38, sebelum ini cukup tenang tanpa menghadapi sebarang masalah kewangan dengan pendapatan suami, Mohd Azlee Ramli, 45, yang berniaga sengkuang calit dan jambu potong secara kecil-kecilan. Walaupun tidak hidup mewah, namun ia sudah cukup untuk menampung kehidupan mereka empat beranak.  Namun, langit tidak selalu cerah, hidup keluarga ini mula diuji […]

Read more

BUKAN mudah untuk wanita ini menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga yang perlu menguruskan tiga Orang Kurang Upaya (OKU) apatah lagi dengan kudrat yang tidak seberapa dalam menginjak usia emas.  Namun, perumpamaan ‘alah bisa tegal biasa’ amat sesuai untuk menggambarkan situasi dihadapi Azizah Mohamad, 58, yang sentiasa sabar melayan karenah dua kakak dan adik istimewa yang […]

Read more

ABU SEMAN Md Rejab atau lebih mesra disapa Pak Abu, 69, dan isterinya, Asiah Yeob Kamaruddin, 72, yang cacat penglihatan berdepan masalah kewangan berikutan anak kembarnya, Rozimah dan Rozita, 39, hilang punca pendapatan apabila pusat karaoke tempat mereka mencari rezeki ditutup akibat pelaksanaan PKP. Tambah memilukan, pasangan OKU ini turut diuji apabila anak sulung mereka, […]

Read more

FIFI Halizah Hassim, 29, sanggup berkorban dan melipat gandakan bakti kepada bapanya, Hassim Mohd Sa’ad, 80, yang sudah dimamah usia dengan kudrat terbatas walaupun terpaksa berulang alik dari Shah Alam ke Seremban setiap minggu demi menguruskan segala keperluan Hassim dan kakaknya. Jasa Hassim membesarkan Halizah dan kakaknya Fifi Haritah, 31, yang juga Orang Kelainan Upaya […]

Read more

JIKA dilihat dari segi luaran, pasti tiada sesiapa yang akan menyangka rumah semi D yang didiami Radzuan Yasin, 46 bersama isteri Noraidah Mohd Jamil, 49; tiga anak tiri dan seorang ibu saudara yang uzur adalah atas ihsan seorang kenalan yang membenarkan mereka tinggal di situ secara percuma.  Mereka sekeluarga terpaksa menumpang teduh di rumah itu […]

Read more

TIDAK mahu status orang kurang upaya (OKU) menghalangnya daripada hidup berdikari, Mohd Nor Abdullah yang dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangan ini mula menyara kehidupan dengan menjual nasi lemak yang diambil daripada seorang kenalannya sejak Julai tahun lalu. Pemuda berusia 29 tahun yang mengusahakan perniagaan kecil-kecilan yang dinamakan Nasi Lemak Bujang Dekk’s Mat yang dijalankan di […]

Read more