KEPELBAGAIAN ciptaan makhluk tidak hanya terhad kepada bentuk kejadian, malah juga pemikiran. Sekecil-kecil perbezaan di ibu jari masing-masing sehinggalah kepada fakulti pemikiran menunjukkan betapa agungnya ciptaan Allah yang mencipta manusia berbeza-beza. Kehebatan perbezaan ciptaan itu jika disedari dan difahami sebaik mungkin dalam kerangka Islam akan memberi faedah kepada manusia untuk menjadi sebaik-baik ummah. Ini kerana […]

Read more

PENINGKATAN penonton adalah salah satu penunjuk kejayaan bagi sesebuah stesen televisyen. Rancangan pilihan penonton pula memainkan peranan penting dalam penjenamaan stesen dan juga rujukan pengiklan untuk mencapai golongan sasaran. Bagi sebuah stesen berkonsepkan Islam, pertambahan penonton yang memilih rancangan berbentuk keagamaan dan kerohanian menandakan jumlah sasaran dakwah sudah semakin meluas. Ini satu petanda yang baik […]

Read more

UMAT Islam pada akhir zaman ibarat buih, ramai jumlahnya namun iman yang berbaki di dada sekelumit cuma. Normalisasi maksiat tanpa sedetik pun rasa bersalah, hilangnya rasa malu dan pelbagai kemungkaran yang menjadi rutin kehidupan menjadi fenomena umat zaman ini. Ada umat yang sememangnya gemar maksiat, berterusan malah bangga pula melakukanya. Namun ada juga yang pada […]

Read more

MEMERHATI sawah yang menghijau atau padi yang sedang menguning saujana mata memandang, kelompok awan nan biru dan danau hijau yang terhidang sepanjang jalan bukan sahaja mampu menimbulkan ketenangan jiwa, malah mencetus takjub seseorang. Rasa tenang bercampur takjub ini seterusnya menyemarak rasa syukur kepada Pencipta segala keindahan itu. Pemandangan indah bersilih ganti yang dapat dinikmati dari […]

Read more