BERMULA pukul 6.55 petang ini, 30 Oktober, Diari Pentas Marhaban akan mula menemui penonton di kaca televisyen. Kerja-kerja belakang tabir, sesi uji bakat yang telah berlangsung dan suara hati para peserta serta mereka yang terlibat dalam rancangan realiti televisyen ini akan dipertontonkan kepada umum setiap hari. Diterbitkan dengan matlamat memenuhi metodologi dakwah yang lebih kreatif, […]

Read more

“DIHALAU dan dibuang keluarga, ini adalah salah satu cabaran saudara baru kita selepas memeluk Islam.” Kenyataan yang tercatat dalam laman Facebook Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bertarikh 18 Oktober lalu adalah realiti yang banyak dilalui oleh saudara baru setelah mereka memilih berhijrah. Yang membezakan pengalaman pahit mereka sebagai ujian pertama bergelar Muslim adalah tahap […]

Read more

MENJUARAI kupasan dan berita berkaitan isu-isu kemanusiaan yang merentas sempadan adalah antara peranan stesen penyiaran berkonsepkan Islam, TV AlHijrah. Menyerap saranan agama untuk cakna dan sentiasa memperjuangkan kepentingan ummah, stesen ini secara aktif melaporkan berita terkini berhubung perjuangan rakyat Palestin serta kekejaman yang sedang mereka alami. Kempen #PalestinKembali oleh TV AlHijrah yang dimulakan sejak 8 […]

Read more

SALAH satu amalan media arus perdana ialah menyampaikan berita yang sahih dan benar, tidak terlalu memihak kepada sesetengah pihak supaya nilai maklumat yang sampai kepada penonton adalah kebenaran dan keadilan. TV AlHijrah sebagai penyampai maklumat dan ilmu kepada masyarakat juga bertanggungjawab memberi alternatif kandungan yang boleh membentuk masyarakat untuk memilih kandungan yang bermanfaat untuk diri, […]

Read more

ANTARA kebejatan Israel dalam menghalang tersebarnya makar mereka kepada dunia ialah dengan menyasarkan wartawan yang menjadi sumber maklumat.   Terkini, wartawan Saeed Al-Taweel secara tragis kehilangan nyawanya ketika empat peluru berpandu Israel milik Tentera Rejim Zionis Israel menyasarkan sebuah bangunan termasuk pejabat Roya TV dan pusat perubatan di bahagian barat Bandar Gaza awal pagi […]

Read more

KEKEJAMAN Israel terhadap rakyat Palestin wajib ditentang oleh umat Islam dan pemimpin Muslim di seluruh dunia. Salah satu caranya ialah melalui sokongan penuh kepada perjuangan atas jenama Taufan Al-Aqsa untuk melindungi Masjidil Aqsa yang dilancarkan oleh Hamas bersama pejuang Al-Qassam, Islamic Jihad, Al-Quds dan batalion Jenin bagi menentang Israel yang lebih tujuh dekad menjarah dan […]

Read more

KEHARMONIAN suara seia sekata dalam satu kumpulan yang mengulang selawat dan salam kepada Baginda Rasulullah SAW serta pesan dan nasihat kepada umat dalam alunan marhaban menjadi lambang perpaduan dan penyatuan ummah. Sebagaimana ayah yang menasihati anaknya untuk memilih ikon contoh yang berperibadi mulia, peserta marhaban menitipkan pesan melalui bait-bait lagu dan irama marhaban dan qasidah […]

Read more

TARIKH 12 Rabiulawal telah kita lewati seminggu lalu, namun sosok yang membawa sinar dalam hidup manusia ini akan dikenang selamanya. Warisan perjuangan Baginda Rasulullah SAW menyampaikan Kalamullah kepada seluruh umat diteruskan oleh umat dari generasi ke generasi. Itulah penghayatan sebenar kepada sambutan Maulidur Rasul. Ia bukanlah tugas yang selesai hanya dalam waktu sehari mengingati Nabi. […]

Read more

* Artikel ini disediakan oleh pihak Yayasan Ikhlas. BAGI seorang isteri, kehilangan suami ibarat hilangnya sumber harapan dan talian hayat. Tiada kata yang dapat menghuraikan kehilangan insan tersayang. Betapa peritnya menghadapi pemergian tulang belakang keluarga. Lebih-lebih lagi cabaran ibu tunggal untuk membesarkan anak-anak di samping terpaksa menghadapi tekanan kewangan sendirian. Salah satu inisiatif Yayasan Ikhlas […]

Read more