Jadi negara pertama jual set khas BTS Meal bukanlah kebanggaan, warganet risau wujud kluster BTS ekoran serbuan peminat ke restoran makanan segera


IBARAT kata “dah berbuih mulut” KKM menasihatkan warga Malaysia supaya menjaga diri dan mengelakkan tempat ramai, tetapi usaha ini bagai mencurah air ke daun keladi tatkala melihat gambar-gambar peminat kumpulan BTS yang tular di laman Facebook Info Sibu Rabu lalu.

Hanya dengan alasan tidak mahu ketinggalan menunjukkan minat mendalam kepada kumpulan BTS, para peminat sanggup beratur panjang di restoran makanan segera terkenal untuk mendapatkan set khas edisi terhad BTS Meal yang mempunyai 10 keping McNuggets, kentang saiz sederhana, secawan Coke dengan dua sos pilihan istimewa dari BTS Sweet Chili dan Cajun.

Biarpun hanya sekadar menu dan bungkusan tanpa wajah ahli kumpulan BTS, set menu ini sangat laris sehingga aplikasi restoran tersebut sesak dan gagal berfungsi seperti biasa.

Ramai di antara mereka bangga memuat naik video dan hantaran kejayaan membeli set tersebut ke media sosial, tidak kurang juga yang mengajar cara menyimpan kenangan itu dengan menggunting tulisan nama kumpulan di pembungkus untuk dibingkaikan.

Itu baru ‘godaan’ kecil, mereka sudah pun meminggirkan pesanan kerajaan. Bayangkan sekiranya tawaran besar secara percuma diberikan, tidak mustahil nasihat supaya berada di rumah jika tiada keperluan mustahak pula dikutuk hebat kerana berasa terhalang.

This image has an empty alt attribute; its file name is mcd-sibu-3-1024x768.jpg
Peminat kumpulan BTS sanggup beratur panjang untuk mendapatkan set khas edisi terhad BTS Meal yang ditawarkan restoran francais makanan segera itu. (Gambar FB: Info Sibu)

Kerisauan warganet akan wujudnya kluster BTS berasas. Sebahagian besar komen menyatakan kebimbangan apabila melihat ketaksuban para peminat membanjiri restoran tersebut dalam keadaan penyebaran pandemik Covid-19 semakin kritikal.

Kita tidak pasti setakat mana pematuhan SOP sewaktu ‘serbuan’ sejumlah besar mereka ke restoran tersebut, walhal mereka boleh sahaja membeli secara dalam talian.

Lagipun, menjadi negara pertama daripada 12 negara Asia yang menjual set khas BTS Meal bukanlah satu kebanggaan pun bagi negara kita. Sebaliknya memiliki warganegara yang berlimu dan berbudaya tinggi adalah lebih utama berbanding mempunyai warga yang mengagungkan budaya negara lain.

Gambar: Orang ramai sedang berbaris hampir seluruh bangunan restoran francais makanan segera ternama di Sibu Rabu lepas. (FB: Info Sibu)

(8)

Jadi negara pertama jual set khas BTS Meal bukanlah kebanggaan, warganet risau wujud kluster BTS ekoran serbuan peminat ke restoran makanan segera

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>