Masjid Bukit Bandaraya bakal atasi masalah limpahan jemaah sejak 17 tahun

SEBUAH masjid berkeluasan tiga ekar di Seksyen U11 Shah Alam bakal dibina dan dijangka siap sepenuhnya sekitar tahun 2024.

Pembinaan masjid yang bakal memuatkan kira-kira 3,000 jemaah bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk di Bukit Bandaraya, malah penduduk Orang Asli, kakitangan Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA), penduduk Seksyen 8, pelajar institusi pengajian tinggi juga sekolah antarabangsa berhampiran serta pekerja binaan sekitar kawasan yang sedang membangun itu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penaja Pembinaan Masjid berkenaan, Basri Abu Bakar, idea projek yang boleh menampung 3,000 jemaah ini tercetus berikutan surau dengan Kebenaran Solat Jumaat iaitu Surau At-Taqwa seluas 1 ekar yang telah berusia 17 tahun di kawasan itu tidak lagi mampu menampung kapasiti jemaah yang semakin ramai.

Tambah Basri, Surau At-Taqwa sudah diperluas secara berfasa sehingga boleh memuatkan 1,000 jemaah, namun pertambahan unit rumah dan penduduk di kawasan itu telah menyebabkan surau tersebut tidak lagi mampu menampung keperluan jemaah setiap kali solat Jumaat.

Surau At-Taqwa ini merupakan satu-satunya surau Jumaat yang paling hampir dan mudah untuk di akses penduduk atau mereka perlu ke Masjid Negeri yang jaraknya sejauh 10 km. Justeru, Masjid Bukit Bandaraya itu perlu dibina untuk memudahkan penduduk beribadah.

Untuk merealisasikan pembinaan Masjid Bukit Bandaraya Shah Alam memerlukan kos sebanyak RM16 juta dan bakal dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan bangunan masjid, ruang wuduk, bilik nikah, rumah imam, bilik seminar, pejabat, dewan, kios homestay serta pelbagai lagi kemudahan untuk kegunaan muslimin dan muslimat.

Jadikan Ramadan kali ini lebih bermakna dengan turut serta dalam usaha membina rumah Allah ini dengan berinfaq kepada dana pembinaan Masjid Bukit Bandaraya Shah Alam.

Salurkan infaq anda ke akuan MAYBANK: 5621 0681 8563 atau BANK ISLAM: 12038 0101 43928 atau layari www.infaqmasjidbukitbandaraya.com dan untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi di talian Hotline: 03 8605 3676 atau no berikut; Encik Aqmal Azam: 019 3541115, Encik Abdul Rahman: 012 4462500 atau Encik Abd Nasir Ismail: 019 9591741.

Gambar: Surau At-Taqwa sudah tidak mampu menampung jemaah solat Jumaat yang makin bertambah.

(72)

Masjid Bukit Bandaraya bakal atasi masalah limpahan jemaah sejak 17 tahun

About The Author
-

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>